Tuesday, January 5, 2010

HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA

Hospital bahagia ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada hospital bagi merawat pesakit mental.Kalau dalam bahasa yang lebih kasar kita panggil hospital gila...Salah sebuah hospital mental yang tertua di negara kita ialah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.Adakalanya ia juga dipanggil hospital gila Tg. Rambutan,kerana terletak di pekan kecil Tg.Rambutan...aku secara peribadinya telah lama teringin untuk melawat hospital ni kerana ianya sering menjadi buah mulut dan bahan gurauan orang-orang di sebelah utara ni...kalu orang di sebelah selatan mungkin mereka sering mendengar Hospital Bahagia Tampoi,di Johor...teringin nak lihat sendiri bagaimana rupanya hospital yang tersohor itu...sewaktu ke Ipoh baru-baru ni,aku mengajak rakan yang merupakan orang tempatan untuk melihat-lihat di dalam kawasan hospital ni...
kami ambil pas lawatan dulu...supaya tidak dicap sebagai penceroboh...hospital ni rupa-rupanya tersangat la luas...kami ambil keputusan untuk melawat sebahagian kecil jer kerana kekangan masa...banyak lagi tempat lain yang nak dilawati...marilah kita lihat sebahagian pemandangan di dalam hospital ni sebagai gambaran selayang pandang kepada kita...selepas beberapa ketika berpusing-pusing dalam kawasan hospital ni,kami pun keluar la dengan puas hati...so lepas ni tak dak sapa lagi buleh bekunun pasai hospital ni kat aku...mengkalu ada sapa-sapa teringin nak mai dok sini, sila la mai...ramai kawan-kawan dok menanti...hehehe. stesen keretapi Tg Rambutan terletak tidak jauh dari pintu masuk hospital ni...
aku suka sangat bangunan stesen keretapi ni...klasik...agaknya suatu ketika dahulu ramai pesakit mental yang datang untuk mendapat rawatan kesini menggunakan perkhidmatan keretapi melalui stesen ni...di kala sistem perhubungan tidak sebaik zaman sekarang ini... tentu meriahkan pada masa tu...agaknya la...

10 comments:

aShaBuLz said...

wah melawat hospital bahagia...tak pernah terpikir.

erm..btw, bekunun tu apa?

daela said...

Dulu kan abg adie, dila pun teringin nk melawat hospital bahagia ni...tapi sampai la ni...x g pun...seb baik abg adie dah g...paling kurang pun, abg adie dh kongsi info kat sini...terima kasih...

PINATBATE said...

oohh...! camni rupanya keadaan hospital bahagia tu..tapi sunyi jer..tak nampak pun penghuninya ..

nazzman ibrahim said...

ishh ishhh awat yang p tempah bilik awai sangat.....hahhaha

Anonymous said...

Amboi hang pi Ipoh xajak orang ipoh na....nanti maklumat xtepat. Wak surip

adie-ishmael said...

ashabulz=bekunun tu maksudnya lebih kurang macam temberang la...

daela=ya la...tercapai juga cita-cita akhirnya...

pinat=penghuninya dalam bangunan la...mana boleh suka-suka keluar masuk...ada waktu-waktu tertentu...

nazzman=supaya tak kalut nanti masa nak hantaq awak ke situ...dah tau dah bilik n katil mana yg sesuai...hehehe

wak surip=tu la...lupa pulak hang dari ipoh...dok ingat hang dari Surabaya...

Aleeza Zaily said...

huhu... tempat aku mebesar nih!

shafawi said...
This comment has been removed by the author.
shafawi said...

sejarah betul nie....klasik....mmg jadi sebutan org kalau bab2 sakit mental nie....kagum pulak saya ,masih ada yg ingatkan pada tempat yg terpinggir nie...ape pun nice article about this....tokey blog,pinjam satu gmbr ..saje2 buat blog...tapi saye bukan buat blog mengenai article tg rambutan n area ulu kinta,tapi mengenai macam.....o.k.....terus usaha menyingkap ape yg jarang org ambil kisah.....

Vindemia Site said...

hello abg adie aka blog owner. saya sekarang ni tgh buat case study hospital ulu kinta. saya sgt3 la berminat tentang gambar2 yang di post di blog abg. minta sgt3 jasa baik abg adie. kalau abg boleh email semua gambar2 yang abg amek pada saya. kalo xsemua pun. dapat hantar gambar hi-res peta hospital bahagia tu pun jadi la. harap abg adie dapat tolong. terima kaseh email sy kooizumo@yahoo.com