Saturday, April 25, 2009

RONDA-RONDA PHNOM PENH

Selepas melawat genocide musuem di Toul Sleng perut kami terasa amat lapar.Makanan halal di Phnom Penh ni tidaklah semudah di Langkawi.Ada terdapat di tempat-tempat tertentu saja.Namun tidaklah sesukar seperti yang digambarkan sebelum berkunjung ke sini.Kita tidak akan kelaparan mahupun kebuluran.Paling mudah,buah-buahan dijual merata-rata. untuk mengisi perut yang lapar, kami telah ke Malaysia Restaurant...tuan punya restoran ni berbangsa Cham manakala suaminya berasal dari Kelang,Selangor...
aku pulun nasi dengan penuh keberahiannya...lapaq...sup ayam ala Cham...hmm...'mengi'!...maksudnya sedap dalam bahasa Cham...kenyang dah... Daulat Tuanku!!!...potret Raja dan Permaisuri Malaysia...hari ini adalah hari terakhir Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia...Terima Kasih Pak Lah...apabila kita berada di luar negara,rasa cinta kasih dan semangat patriotik akan bertambah menebal...Raja Kemboja yang baru dan yang lama...Kemboja tidak ada permaisuri kerana rajanya belum bercadang nak menikah...
Selepas makan kami ke Central Market pula...dalam perjalanan sempat bergambar di monumen kemerdekaan... Monumen Kemerdekaan(Vimean Ekareach)dibina pada tahun 1958 tidak lama selepas Kemboja merdeka dari penjajahan Peranchis...di Central Market terdapat pelbagai barang dan selalu dikunjungi pelawat dari Malaysia...gambar ni dirakam sewaktu kami berada di bahagian jualan batu permata...pasar awam yang terletak bersebelahan Central Market...pasar dalam bahasa Kemboja disebut 'psar'...ikan bujuk salai...kali terakhir aku makan ikan bujuk ni sewaktu aku berumr 14 tahun di rumah nenek aku...tak pasti sama ada ikan bujuk ni masih wujud di Sungai Muda...minta Azhar tolong bagi tau sat...rumah hang kan tepi tebing Sg. Muda...sejenis lagi ikan seperti ikan bujuk ni ialah ikan selat...juga banyak terdapat dalam Sg Muda suatu waktu dahulu...sekarang tidak pasti... sejenis sulur keladi...dimasak sebagai sayur... bunga hidup...cantik gubahan dia orang...biasanya untuk upacara keagamaan...buah 'kha'...rasanya manis macam timun betik...siapa yang pernah makan timun betik tau la macam mana rasanya... seterusnya kami ke Samdech Sothearos Boulevard yang terletak tidak jauh dari Sungai Tonle Sap...sebenarnya Phnom Penh terletak tidak jauh dari pertemuan tiga sungai utama iaitu Sg.Tonle Sap,Sg.Bassac dan Sg Mekong...kebetulan pada petang itu para penganut Buddha sedang melakukan upacara keagamaan di sebuah kuil kecil di tepi sungai berkenaan...penganut Buddha akan membeli burung kecik itu(dipanggil burung cak tuli kalau kat Kedah)lalu melepaskannya sambil membaca mentera atau doa tertentu...ianya melambangkan penyucian dosa...dosa dibebaskan dari diri bersama bebasnya burung tersebut...aku pula membeli dan melepaskan burung itu sekadar suka-suka tanpa ada kepercayaan seperti mereka...
biji bunga teratai...pengalaman pertama makan biji teratai walaupun ianya banyak di tempat sendiri...mak aku cakap kalau yang tua lebih sedap...malam melabuhkan tirainya...makanan eksotik masyarakat Kemboja juga dijual di kawasan ni...pelbagai serangga,reptilia,amfibia dan burung... keridik(cengkerik)goreng...katak sawah digoreng rangup,garing dan rapuh...hehehe.ular air pangang pun ada tu nampaknya...sedap ker?
Perut kami mula lapar melihatkan pelbagai makanan yang dijual tapi tak dapat menikmatinya kerana tidak halal...kalau halal, pastinya kami makan licin...siap tapau lagi agaknya...hehehe.Kami berjalan menuju ke restoran halal untuk menikmati makan malam.nama restoran ni Halal Restaurant...letaknya bertentangan dengan Malaysia Restaurant yang kami makan tengah hari tadi...restoran ni lebih kecil tetapi lebih bersih...roti peranchis bersama sosej dan sayuran...sate daging kat sini sedap...tapi yang lebih sedap lagi ialah sate hati lembu...kalau kesini jangan lupa pesan tau...
siem riep fish soup...sedap...ada kelainan pada rasanya...

12 comments:

arsaili said...

salam bro..jelesnya jenjalan lagi...seronoknya hidup ehehehe

PINATBATE said...

Salam..
Gambar makanan tu yg tak tahan,tapi gambar cengkerik,katak goreng semua tu ..alahai...patah selera..

Anonymous said...

hehehehehe..
mula macam best je tgk makanan yg di makan.. lapar lak pepagi ni.. biler nampk lak ular panggang dan di sahkan dgn penulisan katak sawah panggang dan cengkerik pangang.. maka terus hilang selera..

macam mane abg adie and the geng leh terasa nak makan ek eksotik food tu...

perayaan melepaskan burung..
lin pernah bace.. ini cara mereleasekan tension atau stress dalaman dalam diri kita...
kalo tak salah.. di jepun.. amalan nye membuang air yg di dalam botol.. air tu kita berkata-kata dan kite buang sesungguhnya.. dan kalo burung pulak.. kita pun berkata-kata padanya.. mintak segala masalah tu dia yg bawak dan takkan kembali..

-lin-

adie-ishmael said...

arsaili=salam arsaili...kamu jalan lagi jauh dan banyak...xda makna nak jeles2...hehehe.

pinatbate=nampak sedap la...kalau ler halal saya akan cuba makan...nasib baik haram...hehehe.

Lin=kalau kat malaysia pula bukan buang air dari dalam botol,tapi buang air dalam tandas...memang hilang tension...hehehe.

daela said...

salam abg adie...adoi...ngeri tgk ular panggang tu...maunya munt** kat situ jugak klu tgk live...ahahahaa..

adie-ishmael said...

daela=mak abang tunjukkan gambar tu kat kawan dia...makcik tu muntah hijau...hehehe.

daela said...

dila mmg geli la tgk benda2 gini...tgk ular pun geli...he......meremang bula roma...ahahahaaha...

CATZ said...

wah..banyaknya maklumat...
karang aklau aku nak pi sini aku rujuk blog hang je lah adie...
penuh dgn informasi...
nice experience ek..
mmg betul..bila kita travel, kitga akan lebih patriotik kepada negara sendiri. Bersyukur sgt saya dilahirkan dan di besarkan dan menjadi warga negara Malaysia..

PUTUBAMBU said...

ish..menyesal aku masuk posting yg ni..

sib baik tak terkeluar balik ape yg aku makan tadik..! grrr...

urangCam said...

Assalamualaikum, maaf mencelah. 'Sedap' bkn 'mengi', tp 'bangi' lah.. :-p....lg satu, ikan bujuk sama dak dgn ikan lelais? Pasai ari tu tnya dah dgn pakcik hak juai ikan dia habaq kata ikan tu nama 'lelaih'?

Anonymous said...

SAlam, saya nak tanya, restoran malaysia tu di kawasan mana ya? boleh bagi specific alamat?

Anonymous said...

Salam, saya nak tanya, restoran malaysia tu di kawasan mana ya? boleh bagi specific alamat?