Thursday, February 26, 2009

MIANG KAM

Sewaktu bertugas di Alor Setar dulu,aku selalu pergi ke food court Pasaraya Pacific yang terletak kat Jalan Teluk Wan Jah tu, terutama pada waktu makan tengahari.Pelbagai makanan dan minuman dapat dinikmati dengan harga yang agak berpatutan.Salah satu makanan yang selalu aku makan kat situ ialah miang kam. Miang Kam adalah sejenis makanan yang berasal dari Thailand.Biasanya miang kam ni aku makan sementara menantikan makanan yang lebih berat disiapkan oleh tukang masak.Bila bertukar ke Langkawi ni,aku selalu ke Restoran Wan Thai ,Pokok Asam untuk menikmati miang kam kat situ.
daun kaduk dan sirap air gula... cabai melaka(cili padi),kacang tanah goreng,udang kering,halia,bawang besar,limau nipis dan kelapa goreng... semua bahan-bahan tadi tu diletakkan di atas daun kaduk dan dituang satu atau dua sudu(mengikut citarasa) sirap air gula atau madu...
kemudian dilipat begini... lalu disuap ke dalam mulut ala-ala orang makan sirih...hehehe.

Tuesday, February 24, 2009

MAKAN TENGAHARI DI FOUR SEASONS RESORT

Sabtu lepas aku dijemput makan tengahari oleh seorang rakan lama yang datang bercuti ke Langkawi dari Kuala Lumpur.Dia menginap di Four Seasons Resort yang terletak di Tanjung Rhu.Four Seasons Resort yang bertaraf lima bintang itu dimiliki oleh seorang putera raja Arab dari sebuah negara teluk.Ianya sangat exklusif,mewah serta cantik dengan tatarias dan landskap yang indah...
first time masuk ke resort ni...tu pun tumpang ehsan kawan aku jer yang stay di sini...hanya mereka yang 'berwang' jer yang mampu...yang 'beruang' macam aku, jangan ler nak mimpi mai sini...hehehe. Kelapa Cafe...tempat aku lunch pada hari tu...grilled chicken yang aku pesan...harganya kurang lebih RM70...nasi goreng kawan aku... harganya kurang lebih RM80...sotong goreng tepung sebagai appetizer... harganya kurang lebih RM70... makan,berbual dan menikmati keindahan pantai sambil dihembus bayu laut...

Sunday, February 22, 2009

HAMAM MAHSYI (حمام محشي)

Daging burung memang sedap dan menyelerakan.Kalau ke kedai nasi kandar,aku jarang melepaskan peluang untuk makan burung puyuh yang dijual di situ.Sewaktu ke Mesir baru-baru ni,aku berkesempatan merasa sejenis makanan tempatan yang dipanggil hamam mahsyi (حمام محشي).
hamam mahsyi ialah burung merpati yang disumbat nasi berempah kedalam rongga badan dan juga ruang antara kulit dan isinya lalu digoreng atau dibakar...hamam dalam bahasa Arab bermakna merpati...sedapnya...yumie yumie... bertambah enak kalau dimakan bersama kambing bakar...serta sup yang disaji dalam mug...kemudian kami pulun pula 'isy baladi(عيش بلدي)sejenis roti Arab dimakan dengan jeruk sayur-sayuran... dan keledek rebus...kurma basah sebagai pencuci mulut...dan limau...juga anggur...serta jus mangga Mesir yang manis bersari itu...alhamdulillah...kenyangnya...

Thursday, February 19, 2009

SANTAI DI HUJUNG MINGGU(PART 11)

Selepas meninggalkan Pantai Pasir Tengkorak,kami menuju ke Gunung Raya pula.Gunung Raya adalah merupakan puncak yang tertinggi di Langkawi.Ketinggiannya ialah 881 meter dari aras laut.Kita boleh berkereta ke puncak gunung ni...
sampai juga aku kat atas puncak Gunung Raya ni...selama ni dok tengok dari bawah jer... kalau sesiapa yang sanggup menapak berjalan kaki untuk naik ke gunung ni, silalah mendaki melalui 'Tangga Helang Seribu Kenangan'...anda perlu gagah untuk menempuhi 4287 anak tangga bermula dari ketinggian 55 meter dari aras laut sehingga 787 meter dari aras laut...lepas tu terus menapak lagi melalui jalan bertar menuju puncak...
di puncak Gunung Raya terdapat sebuah resort dan menara tinjau...
kaunter untuk membeli tiket menaiki menara tinjau...kena bayar rm10 seorang...lift untuk ke menara tinjau... dah sampai di atas menara tinjau...dapat lihat pemandangan Langkawi dari atas Gunung Raya ni...cuaca agak berjerubu...maklumlah,kami datang pada musim timoq yang panas lagi kontang ini... angin di atas ni sangat kuat dan agak sejuk...
kereta kami di bawah tu...
kelihatan Sungai Ayer Hangat yang berliku-liku dan Tanjung Rhu di kejauhan sana... Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba... D'coconut Hill Resort...bersebelahan menara tinjau... bangunan yang berbumbung hijau ini pula ialah Pusat Kawalan Satelit MEASAT (MEASAT Satellite Control Centre)... pemancar telekomunikasi...sunset...mentari sedang bergegas sembunyikan dirinya di ufuk barat... tanah-tanah tinggi Langkawi kelihatan berbalam-balam dibiasi cahaya mentari senja...yang hujung sekali tu ialah Gunung Mat Chincang iaitu gunung kedua tertinggi di Langkawi selepas Gunung Raya...bandar Kuah... aku tinggalkan Gunung Raya...mungkin akan kembali lagi untuk overnite kat resortnya atau makan kat Vietnamese restaurant yang bernama 'Viet Lang' atau mungkin ke Italian restaurant yang bernama 'La Torre'...siapa tahu...