Thursday, January 15, 2009

PERJALANAN KE ALEXANDRIA

Destinasi selanjutnya selepas Al Fayyum ialah kota Alexandria atau Al Iskandariah yang terletak kira-kira 221 kilometer ke utara kota Kaherah.Alexandria terletak berhampiran Laut Mediterranean.Pengembaraan kami ke Alex(panggilan penduduk tempatan untuk Alexandria)ditemani oleh Ustaz Hassan dan Ustaz Asyraf iaitu penuntut Universiti Al azhar.Mereka juga adalah pemandu kereta kami dan sebagai pemandu pelancong.... Ustaz Hassan memandu dengan lajunya...perkara biasa dan lazim di Mesir.Memandu pula di sebelah kiri...Aku teringat kepada kawan sekolah menengah aku dulu iaitu Allahyarham Abdul Hakam bin Haji Harussani(anak Mufti Perak Darul Ridzuan)...dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke Alexandria...dikebumikan di Mesir.Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.Amin.
di kiri kanan jalan terdapat kawasan pertanian yang luas terbentang...ada ladang sayuran,bijirin dan buah-buahan juga...kami singgah di ladang oren...kalau di Malaysia sekarang ni terdapat banyak rumah-rumah untuk burung layang-layang a.k.a burung walit dibina di sana sini...tetapi di Mesir pula banyak terdapat rumah untuk burung merpati di merata rata tempat...orang Mesir amat menggemari daging merpati... apa daaaa...tebu pun hampa teringin nak singgah beli ka...kemaruk betoi...perut lapar...singgah sarapan di Thonto(طنطا)...nampak sebuah gerai menjual to'miah(طعميه)sejenis makanan Arab...uniknya periuk dia tu...kentang dan kepalan daging goreng sebagai inti yang dimakan dengan sejenis roti yang dipanggil i'sy shami(عيش شامي)...Ustaz Hassan(bercekak pinggang) dan Ustaz Asyraf...merekalah yang menjadi pemandu dan pengiring kami sepanjang lawatan ke Alexandria...Syukran Jazilan!!!inilah sarapan kami pada pagi hari itu...to'miah(طعميه)...roti berintikan kepalan daging dan sayuran...


ilalliqak...

5 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Tengok gambaq to'miah tu tetibe je terasa nak makan steamboat....! Alamak...apa kaitan to'miah dgn STEAMBOAT...biarlah rahsia! Yang penting...STEAMBOAT kat Cinta Sayang ada org tu cakap kata sedap...nyum nyum nyum...;-)

DarcyDiaries said...

eh...awak ni now kat Msia or Egypt? Yelaa...kut2 postings baru buat based on ur previous visit...

P/S:Lama tak singgah blog kita? ;-(

aShaBuLz said...

cam sedap ja to'miah tu...ala-ala kebab ek.

A Broken Piece of Glass said...

daging unta ka ya ustaz.. hehe

adie-ishmael said...

ishan=betul...kalau ada masa pi la cuba kat Cinta Sayang Club.

darcydiaries=kat Malaysia...tu sumer cerita tertunggak.

ashabulz=apa yg orang malaysia panggil kebab tu sebenarnya shawarma...kebab ialah daging yang dicucuk pada bilah2 besi dan dibakar macam bakar satey tu...

a brokn piece of glass=daging kambing la...daging unta mahal sgt...sekilo rm40 duit Malaysia...u sanggup nak bayar?hehehe