Thursday, August 28, 2008

FORT CORNWALLIS PENANG

Baru-baru ni aku ke Pulau Pinang kerana ada sedikit urusan.Selepas selesai urusan rasmi,aku ajak sorang kawan di Penang pegi minum2 di medan selera dekat Padang Kota Lama berhampiran Fort Cornwallis.Lepas minum aku ajak dia masuk ke dalam kota tu dengan bayaran tiket rm3...Walaupun dah beratus kali ke Padang kota Lama,inilah pertama kali aku masuk ke dalam kota itu.Jom kita lihat apa yg ada dalam kota bersejarah ni...pemandangan di luar kota.pintu masuk utama ke dalam kota.
Kota Cornwallis ini telah dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light.Kota Cornwallis ini mendapat namanya bersempena dengan nama seorang Gabenor Jeneral Inggeris di Bengal pada ketika itu iaitu Charles Cornwallis.Kini bangunan tinggalan sejarah yg masih terdapat di dalam kota ini terdiri dari gereja,setor,bilik penjara dan juga tempat simpanan belerang.Juga terdapat beberapa pucuk meriam.patung Francis Light...PENJAJAH PULAU PINANG YG PERTAMA...lelaki yg sedang memegang senapang gajah sebelah patung Francis Light itu pula ialah sepupu tiri lain pak lain mak beliau,ISMARDI TORCHLIGT...Chapel atau gereja kecil,sama macam surau bg orang Islam...antara perkhidmatan awal yg telah direkodkan di sini ialah perkahwinan janda Francis Light,Martina Rozells dengan John Timmers pada tahun 1799.
pemandangan dalam kawasan kota...korang perhatikan nama salah seorang anak Francis Light tu...FRANCIS LANOON LIGHT...hahaha!!!sesuai sangat! sedaq diri pun!!!Anak Francis Light yang bernama William Light pula ialah pengasas dan pembuka bandaraya Adelaide,Australia!!!
Model canopy yg pernah digunakan oleh Francis Light semasa beliau mula tiba di Pulau Pinang.
pemandangan bangunan penjara yg dibina pada tahun 1811...
kesiannya...! 51 tahun dah kita Merdeka,Inggeris dah berambus balik negeri depa dah,tapi hang masih tak merdeka...masih dok dalam penjara lagi no!!!Fuyoo!!!Bestnya naik ndoi ni! Rasa macam baru berumur 10 tahun...Merdeka!Merdeka!Merdeka!
perhatikan meriam2 lama untuk mempertahankan kota tu...aku memang obses dengan meriam2 lama ni...Tempat Simpanan Belerang...dibina pada tahun 1814.Ia direka sedemikian rupa bagi mengurangkan kesan kerosakan akibat dari letupan kalau berlaku kemalangan...lambang Syarikat India Timur Inggeris.pemandangan di dalam tempat simpanan belerang...Meriam Seri Rambai ni pada asalnya telah dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor.Kemudian kerajaan Johor telah menghadiahkan kepada orang Acheh dan ditempatkan di Kuala Selangor.Akhirnya British merampas(memang dasar perampas depa ni) lalu dibawa dan ditempatkan di sini pada tahun 1871.lain-lain meriam yg terdapat di sini...di sini juga terdapat sebuah rumah api.pemandangan dari atas rumah api,cantik...
Pulau Pinang telah dijajah Inggeris dan terlepas ke tangan bangsa asing hingga ke hari dan saat ini...bila lah agaknya orang Melayu boleh memerintah Pulau Pinang kembali?? Hmm...tak tau la nak kata apa...depa tak sempat nak pikiaq hal masa depan anak cucu depa...yg depa tau asyik bergaduh,berkelahi sesama sendiri untuk kepentingan diri sendiri....Sorang tu lembek tak bermaya...Sorang lagi pula dok ralit gila kuasa nak jadi Perdana Menteri....!!! Alamak...!!!Ada yang marah???? hehehe.

ilalliqak...

Wednesday, August 27, 2008

KONVENSYEN SAUDARA MUSLIM

Bulan lepas telah diadakan Konvensyen Saudara Muslim(saudara baru@saudara kita@muallaf)Peringkat Kebangsaan, bertempat di Dewan Persidangan Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta,Kuala Lumpur.Wakil Kedah Darul Aman terdiri dari para pelatih Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim(PUSBA) Sg Petani...PUSBA adalah sebuah pusat pembelajaran atau pengajian untuk saudara baru(muallaf) yg baru memeluk agama Islam di negeri Kedah ini. bas yg kami sewa untuk ke konvensyen berkenaan.sebahagian dari saudara baru yg akan menyertai konvensyen tersebut.Dari pelbagai bangsa dan latar belakang.Kelihatan Ustaz Ramli Abdullah(berkopiah putih di hadapan sekali).Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar,merupakan seorang muallaf berbangsa India berasal dari Johor..tapi kalau dengar dia cakap kita akan sangka dia dari Kelantan, may be sbb dia belajar lama di sana barangkali.
singgah solat Jumaat di Masjid Ahmadiah,Kg. Kepayang,Sungai Raya,Ipoh,Perak.Masjid ni dibina pada tahun 1905. bangunan sebelah masjid ni pula dibina pada 14-8-1923 masihi(14 Ogos...hmm,my birthdate!)bersamaan 1-1-1342 hijriah. sekarang dah jadi kelas tajwid,biro muslimah... selepas selesai solat Jumaat,ustaz Ramli mengimamkan pula sebahagian anak2 didiknya solat jamak taqdim dan qasar(Jumaat + asar).adik-adik ni lepak2 jap sementara menunggu rakan2 yg masih belum selesai qodo hajat...penginapan wakil Kedah...Wisma Belia MAYC,Jalan Syed Putra,Kuala Lumpur.Lamanya aku tak tidoq dalam dorm,teringat zaman dok hostel dolu2...cenderahati untuk para peserta...sehelai sejadah,sehelai kain pelikat,sehelai kain batik,sebatang pen dan duit tunai rm50/=...sumbangan ikhlas Baitulmal Wilayah Persekutuan.
tempat konvensyen berlangsung,masjid wilayah persekutuan,kuala lumpur.sebahagian dari kira-kira 2000 orang saudara baru yg menyertai konvensyen kali ini...adik2 yang beruniform kuning ni adalah anak2 buah dari PUSBA,mereka ni berbangsa Kadazandusun,merantau dan bekerja di sekitar Sg Petani...yg tepi sekali ni ialah Ustaz Ramli,adik yg berbaju putih tu berbangsa Dusun,sebelahnya India dan dua lagi tu berbangsa Iban...
Ustaz Kamal,Ustaz Sobri dan Ustaz Zollani dari bahagian dakwah,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman.

ATURCARA MAJLIS KONVENSYEN
#Bacaan Doa
oleh Ustaz Muhammad Fitri Abdullah(muallaf India)
#Bacaan Ayat Suci Al Quran
oleh Uztaz Mohd Nordin Abdullah(muallaf Kadazan)
#Ucapan Aluan
oleh YB Dato'Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#Ucapan Perasmian
oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Jeanne Abdullah(muallaf Serani...hehehe)
#Anugerah Cemerlang Saudara Baru Muslim
pemenangnya ialah Saudara Ann Wan Seng.(muallaf Cina)
#Anugerah Cemerlang Saudara Baru Muslimah
pemenangnya ialah Toh Puan Dr Aishah Ong(muallaf Cina)
#Pembentangan Kertas Kerja I
Tajuk:Halatuju Pembangunan Insan Saudara Baru Dalam Era Globalisasi.
Oleh :Ir.Dr.Haji Fuad Yeoh Abdullah(muallaf Cina)
Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malysia(MACMA)
#Pembentangan Kertas Kerja II
Tajuk:Saudara Kita Sebagai Agen Dakwah:Pengalaman Singapura.
Oleh:En Muhammad Mubarak Bin Habib Mohd
Vice President of Education and Dakwah Division,Darul Al Arqam,Singapore
#Pembentangan Kertas Kerja III
Tajuk:SaudaraMuslim:Pegangan Lama Aqidah Baru.
Oleh Ustaz Muhammad Farid Ravi Abdullah.(muallaf INdia)
Pensyarah Kolej Islam Selangor(KUIS).
Moderator:Ustaz Ridhuan Tee Abdullah(muallaf Cina)
Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia YAB Datin Seri Jeanne Abdullah telah merasmikan konvensyen tersebut dan menyampaikan ucapan serta memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada sekelian saudara baru.Beliau telah memeluk agama Islam ketika berusia 23 tahun di Pejabat Kadi yg pada masa itu terletak di PJ Old Town.Beliau adalah bekas penganut Katolik. Pengislaman beliau telah mendapat restu kedua ibu dan bapanya.Malah tuan kadi telah datang ke rumah beliau berjumpa ibu bapanya untuk membincangkan berkenaan pengislaman beliau itu.Atas nasihat tuan kadi itulah juga beliau mengekalkan namanya kerana tiada mengandungi maksud yg tidak baik atau yg diharamkan oleh Islam mahupun mengandungi unsur2 syirik...
orang ramai mengerumuni gerai-gerai pameran selepas majlis.Kelihatan gerai Jakim...
Gerai Persatuan Cina Muslim
yang memakai kopiah putih dan beruniform ini pula adalah Imam-imam dari negara China yang ditaja pengajian mereka sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah program Islam Hadhari.Mereka ni bukan muallaf tetapi memang telah Islam.Mereka hadir ke konvensyen ni sebagai tetamu...
gerai seni khat al quran dari China..
gerai Perkim...salah sebuah NGO yg aktif dalam kerja2 dakwah islamiah di negara kita sejak sekian lama...
Al Hidayah...pertubuhan dakwah masyarakat India.
sebahagian peserta sibuk di gerai2 pameran...

saudara baru keturunan Cina ini bersama dengan baby nya yg cute macam ayah nya juga...hehehe
Konvensyen kali ini juga turut dihiburkan dengan alunan nasyid oleh Nazri(muallaf Kadazan) exRaihan....

illaliqak...